Monday, September 8, 2008

Ramadhan datang lagiii...

Salam ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia.. Lama tak update blog ni. Bukan apa kengkadang kesibukan bekerja tak sempat nak menjenguk blog.. Ari ni pon sebab bebudak tengah exam UPSR ade ler sket masa on line.. Masuk hari kesembilan kita berpose moga mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini.Aminn.

Wednesday, August 20, 2008

Ternak Ikan Talapia Merah

Suka-suka jer ternak ikan nihh.. Tumpang 1 kolam kat projek pakcik kat kawasan umah jugak...


Sunday, June 29, 2008

Penghantaran Beg Media dari Pulau Indah

06 Jun 2008 lori dari Pulau Indah sampai hantar 2000 beg media.. Bangsal n rak lom siap sepenuhnya lagi masa ni terpaksalah simpan dolu beg tu dalam rumah.. Bayangkan punye la seksa nak menurunkan 2000 beg media tu dengan 3 orang yang membantu.. Habis jer turunkan 2000 beg media dari lori tersandar sekejap.. (hehhee maklum ler dah lama tak buat kerja turun naik barang dari lori nihh..)Pinggang n tangan lenguhnya jangan cakap lerrr tuhan jer tau tapi cendawan punye pasal semangat tetap membara.. Letih punye pasal terlupa nak rakam gambo.. Tima kasih kat En. Shahrudin yang menghantar beg media dari Pulau Indah..
Buat masa ni beli siap je dolu beg media.. hajat di hati memang nak buat sendiri beg media tapi memandangkan kawasan yang agak terhad simpan dulu hajat tu.. Insya allah akan tiba hari itu nanti..

Bangsal Sebelah Rumah Jerr.

Ni ler rupa bangsal cendawan.. Kecik jerr.. Bab nak buat rak ni yang letih sket.. modal tak banyak nak tak nak terpaksa ler buat sendiri rak dengan bantuan adik-adik n sepupu sepapat yang kebetulan ada kat umah masa cuti sekolah.. Lega skett.. Nak jadi citer hari nak masukkan rak dalam bangsal makcik-makcik tengah gotong royong kupas bawang sebab esoknya sepupu pompuan nak bertunang la pulak.. Makanya bertungkus lumus n bermandi peluh lerr kami nak menyiapkan semua rak sebab nak kemaskan tempat tuu..Ni la antara gambo yang sempat dirakam..

Di Ladang En Asmawi


Semangat Masa Kursus Kat Universiti Malaysia Kelantan

Tanggal 26 & 27 kami berdua pergi kursus penanaman cendawan tiram kelabu kat Universiti Kelantan Malaysia ( punye ler jauh kami pegi nak cari ilmu walhal kat sini punye la banyak kursus tentang cendawan tiram kelabu nih..hehee)Sebenarnya sebelum ni tak de lah bercita-cita nak menceburkan diri dalam bidang ni tah macam mana timbulnya minat kat cendawan ni kami tak tau.. Mungkin ini Allah tunjuk jalan kt kami tuk berkebun kot.. Masa kat kelantan tu, kami dibawa g melawat kat ladang Encik Asmawi seorang pengusaha cendawan tiram kelabu kat sana.. Bile tengok jer punye banyak cendawan yang kuar kat bangsalnya tu terus bersemangat nak tanam cendawan balik nanti.. Masa ni cikgu sinar tak dapat turut serta sebab tak sihat( beser ar sakit owang pompuan..hehehe )sian kat dia..